Pages

Friday 30 August 2013

buang air selepas hubungan seksual

rutin yang tidak sihat selepas hubungan seksual misalnya terus tidur dan tidak mencucinya akan meningkatkan risiko pada pundi kencing. gerakan yang dilakukan semasa melakukan hubungan seksual mampu memindahkan bakteria dari kawasan punggung ke bahagian intim.dengan membuang air dalam masa 30 minit selepas selesai hubungan seksual,anda sebenarnya telah membantu menyingkirkan bakteria tersebut. secara tidak langsung,risiko untuk mendapat penyakit kelamin dapat dielakkan.

Wednesday 28 August 2013

aerobik dalam air

sesuai untuk anda yang gemar bersenam beramai-ramai,tetapi kurang kemampuan dari aspek stamina( air akan menyembunyikan kekurangan ini)

tips: semakin dalam air,semakin berat gerakan yang anda lakukan.kesannya semakin optimal latihan anda. sekiranya anda masih baru dalam aktiviti ini,mulakannnya dalam air yang kedalamannya tidak melebihi dada.

Monday 26 August 2013

tips senaman di pejabat part 3 ( back twist)

back twist

duduk tegak dan adakan sedikit ruang di bahagian belakang punggung anda.letakkan tangan kanan di belakang punggung sebelah kiri.pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan tersebut selama 4 saat,ulang semula untuk sebelah kanan pula.

Sunday 25 August 2013

tips senaman di pejabat part 2

wrist movement

masih lagi dalam kedudukan tegak. rapatkan kedua-dua tapak tangan seperti gengaman menepuk.bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda,biarkan selama 3-4 saat.tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

Wednesday 21 August 2013

aktiviti senaman di pejabat part 1

bersenam dimana-mana...itulah perkataan setiap kali kita mengelak dari pada bersenam.itulah nasihat orang lain kepada kita...
namun ramai ke yang tahu cara bersenam di pejabat.
berikut adalah perkongsian cara bersenam di pejabat:
1) senaman pinggang dan lengan
    a) arm strengthen-duduk tegak.bawa tangan anda ke depan dan tegakkan tapak tangan ke atas. genggam telapak tangan sebelah.perlahan-lahan turun tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot tangan.lakukan berapa kali dan ulang langkah yang sama pada sebelah tangan lagi.

Monday 19 August 2013

petua elak perut buncit

bagi mengurangkan masalah perut buncit,sediakan dua biji limau nipis dan kapur sirih.ambil air perahan limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.kacau rata dan sapukan diperut.amalkan tiap-tiap malam
selamat mencuba..hehehhe

Sunday 18 August 2013

cemburu yang bertempat?

cemburu adalah fitrah.bahkan seorang suami harus cemburu terhadap isterinya,tetapi jangan berlebihan yakni cemburu buta. Akan tetapi hubungan juga akan jadi membosankan jika suami tidak punya rasa cemburu.

Thursday 15 August 2013

tip segar sepanjang hari

1- mulakan hari anda dengan berfikiran positif

2- lakukan senaman ringan

3- aturkan kegiatan seharian anda sebaik-baiknya

4- sentiasa menjaga kesegaran tubuh badan

5- beristirehat

6-gembiralah dalam setiap keadaan

7-selesaikan tugasan di tempat kerja

8- cukup tidur

9- banyakkan bersyukur

Wednesday 14 August 2013

bahaya toksin

toksin adalah bahan kimia dan semulajadi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan manusia. malah hasil buangan badan kita sendiri adalah sisa toksin yang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada tubuh badan manusia dengan segera.terdapat beberapa organ yang menjalankan fungsi penyingkiran toksin ini.antaranya termasuklah hati,buah pinggang dan usus.

secara semula jadinya,tubuh manusia mampu mengawal kesihatan diri sendiri namun mekanisme ini tidak berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin.keadaan bertambah serius apabila ia tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna daripada badan manusia.
kehadiran toksin menyebabkan gejala-gejala berikut:
1-sembelit
2-demam
3-selesama
4-sakit kepala dan belakang
5-gangguan penafasan
6-penyakit kulit
7-alahan
8-sakit sendi
9-kolestrrol tinggi
10-peningkatan gula dalam darah
11-obesiti
12-hilang ghairah SEKS
13-letih
14- cepat tua
15- mudah lupa

Saturday 3 August 2013

berhadapan suami selera seks besar

sesetengah seorang isteri,tugas-tugas melayani selera suami amat mencabar  terutamanya selera makan dan selera seks. Yang nak dikupas hari ini ialah cara berhadapan dengan suami berselera seks yang tinggi,ada kalanya sampai mahukan setiap malam.

tugas dalam melayani dalam hal ini amat mencabar apatah lagi anda seorang yang berkerjaya dan ada anak yang ramai. kepenatan dengan tugas harian akan menyebabkan anda akan mencari alasan untuk menolak..menolak ajakan suami sekali sekala kadang-kadang boleh diterima.bergantung pada suami.ini dibimbangi perilaku suami akan berubah atau bimbang suami akan berfikir untuk melampias nafsunya ke arah yang jalan salah.

ikuti la panduan atau langkah-langkah yang perlu anda ikuti..

a) cipta la ghairah
b) saling memberi dan menerima
c) buat jadual atau ubah jadual sedia ada
d) jadikan seks sebagai pengubat stress
e) nikmati seks seadanya
f) buat kouta seks

Friday 2 August 2013

pentingnya kesihatan mental dalam keluarga

kesihatan fizikal bergantung pada penjagaan kebersihan diri dan makanan seimbang.kesihatan dalam keluarga amat penting bagi mencegah pelbagai penyakit dan membantu menyeimbangi emosi.

bagi menjaga kesihatan mental amalkan pemikiran yang baik.peranan ibu bapa juga amat penting untuk menjaga kesihatan mental seluruh ahli keluarganya.

terapkan fikiran dan perilaku yang positif.makanan untuk mental adalah pembacaan yang positif.perlu ada sikap terbuka melalui komunikasi yang baik antara anak dan ibubapa hingga terbinanya hubungan yang harmoni.